Beberapa tahun lepas saya menurunkan Mak di depan hospital dan berjanji supaya Mak talipon bila dah semua urusan selesai,Mak menghadiri pemeriksaan biasa bulanan di Hospital Balik Pulau,saya pulang kerumah dan menunggu Mak talipon bila dah siap nanti. Dalam perjalanan pulang kerumah, saya tiba tiba terkenang suatu ketika dulu ketika saya demam,Mak menggengam erat tangan saya berjalan dari rumah menunggu bas untuk ke hospital,sesekali saya didukung kerana tak kuat berjalan,diatas bas saya baring di ribaan Mak sambil Mak mengusap kepala dan sesekali mengucup dahi saya,di hospital juga ketika menunggu rawatan saya sentiasa didalam pelukan Mak,selesai rawatan,sekali lagi dalam perjalanan ke stesen bas saya didukung,sempat dibawa ke kedai dan Mak cakap 'adik nak beli apa apa ke' sampai dirumah saya dipujuk untuk makan ubat,dipujuk dan disuap makan kerana tak lalu makan akibat demam. Habis saja kenangan itu berlalu difikiran saya segera terus berpatah balik ke hospital,'...